Home Politik Tun M sedia bertemu Anwar bincang kerjasama hadapi PRU15

Tun M sedia bertemu Anwar bincang kerjasama hadapi PRU15

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk bertemu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tun Mahathir berkata, sekiranya perlu memulakan langkah untuk bertemu Anwar, beliau akan lakukan demi untuk menyekat kemaraan orang yang merosakkan negara tercapai.

“Telah beberapa kali saya terbaca bahawa saya ini akan terhegeh-hegeh bertemu musuh apabila membuat percaturan politik. Contoh yang kerap diguna ialah bagaimana saya sanggup pergi berjumpa Anwar sampai ke mahkamah sebelum pilihan raya 2018 untuk mendapat sokongan darinya,

“Ini benar. Bagi saya perasaan peribadi, bersikap sombong, ego, kepentingan diri tidak ada tempat dengan sesuatu perjuangan terutamanya apabila terkait agama, bangsa dan tanah air,

“Semasa saya pergi bertemu dengan Anwar di mahkamah, perkara utama yang ada di dalam fikiran saya ialah bagaimana cara untuk menyekat Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan UMNO/BN pimpinannya dari terus berkuasa,” kata Tun Mahathir dalam satu video di laman sosialnya, pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengerusi Pejuang berkata, ketika pertempuannya dengan Anwar ketika itu, seluruh dunia melapor puluhan billion wang rakyat dirompak oleh Najib.

Tegasnya, sekiranya Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dijatuhkan, pengkhianatan mereka akan tersembunyi selain mereka dapat terus menyamun.

“Sifir politik ketika itu juga amat jelas, jika pihak pembangkang tidak bersatu dan bertanding di atas pentas yang sama, Najib dan konco-konconya akan terus berkuasa,

“Maka pilihan yang perlu saya buat juga amat mudah untuk mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara, saya perlu bekerjasama dengan bekas musuh-musuh saya yang juga bersetuju perlu menyekat kejahatan tersebut,

“Kerana itu saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan,

“Orang nak kata saya tak tahu malu atau jilat ludah semula tidak memberi kesan kepada saya. Yang penting matlamat kita untuk menyekat kemaraan orang yang merosakkan negara tercapai. Kejatuhan Najib menunjuk kita telah lakukan sesuatu yang menjayakan kita,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply