Home PolitikBarisan Nasional UMNO tolak kerjasama dengan Bersatu demi elak kemudaratan besar – Zahid

UMNO tolak kerjasama dengan Bersatu demi elak kemudaratan besar – Zahid

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi mengelakkan kemudaratan yang besar.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bukan bersifat individu, sebaliknya dicapai bersama oleh pimpinan dan akar umbi parti.

“Sedangkan Bersatu sebuah parti yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menamatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN),

“Apakah rasional UMNO diasak dan didesak supaya bersama musuh dalam selimut?” soalnya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengulas naratif menyatakan UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu menyebabkan pemecah belah ummah.

“Tohmahan ini sama sekali tidak benar sedangkan UMNO itu sendiri memayungi penyatuan ummah,

“Agenda itu malah terkandung rasmi dalam perlembagaannya demi agama, bangsa dan negara. Seterusnya diharmonikan dalam sebuah gagasan besar milik rakyat BN,

“UMNO, MCA, MIC, PBRS dan ‘Friends of BN’ bermuafakat dengan prinsip bangsa Malaysia saling menghormati. Inilah jua asas yang kukuh memupuk kestabilan dan kemakmuran Malaysia selama ini,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam mendalami perihal pemecah belah ummah harus bersandarkan fakta dan sejarah yang nyata.

“Usaha memecahbelah bermula dengan kewujudan parti-parti politik serpihan angkara krisis tamak kuasa,

“Bermula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), disusuli kewujudan Bersatu, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memangkin kepada perpecahan,

“Para pimpinannya malah pernah bersengkongkol dengan DAP yang mereka sendiri labelkan tidak selari dengan Melayu yang rela dipergunakan untuk memecahahbelahkan ummah demi memenuhi kehendak serta cita-cita peribadi,” jelasnya.

Ujannya lagi, UMNO pula tetap bersama BN membentuk sebuah gabungan rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama.

“Tidak pernah memecahbelahkan kesatuan ummah, tidak pernah pernah jua merobek penyatuan bangsa Malaysia,

“Justeru, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pengundi harus berani menilai erti kestabilan dan kemakmuran dalam menetapkan pilihan,

“Usah terkilaf membuat penentuan kerana penyatuan ummah dan rakyat Malaysia kini terletak di tangan anda,” tegasnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply