Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isu berbaur perkauman: Polis panggil Tommy Thomas, Jeyakumar – Air Times News Network
Home Semasa Isu berbaur perkauman: Polis panggil Tommy Thomas, Jeyakumar

Isu berbaur perkauman: Polis panggil Tommy Thomas, Jeyakumar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman dalam sebuah forum pada September lalu.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, ucapan berkenaan disampaikan dalam ‘Forum Dark Forces Towards GE15’ yang diadakan 17 September lalu anjuran Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata, keterangan itu diambil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM telah menerima laporan polis mengenai kenyataan kedua-dua mereka yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Noorsiah, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?