Home Pertahanan dan Keselamatan Imigresen gempur kilang kitar semula, 39 PATI diberkas

Imigresen gempur kilang kitar semula, 39 PATI diberkas

by Nurulhuda

SUNGAI PETANI, 19 Okt – Seramai 168 pekerja lelaki warga asing diperiksa dan 39 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan ‘Op Mahir’ di sebuah kilang plastik kitar semula, awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir pada jam 5 pagi.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, kebanyakan perkerja sedang leka melakukan pekerjaan dan tidak menyedari kemasukan anggota Imigresen ke kawasan itu.

“Serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat kilang itu menggaji pekerja warga asing tanpa dokumen pengenalan diri dan pas yang sah,

“Hasil pemeriksaan kita menahan 36 lelaki warga Myanmar, 2 lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga Bangladesh berumur antara 25 hingga 50 tahun,” katanya.

Tegasnya, kesemua didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan pas kerja tamat tempoh.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan awal mendapati ada dalam kalangan PATI terbabit mendakwa mereka sudah menetap di negara ini hampir 3 tahun lalu,” ujarnya.

Kesemua mereka dibawa ke pejabat Imigresen Anak Bukit untuk proses dokumentasi sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

Kes disiasat mengikut Sekysen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply