Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pergerakan taktikal 40km antara cabaran dalam Eksesais Pasak Bumi 25 RAMD

Pergerakan taktikal 40km antara cabaran dalam Eksesais Pasak Bumi 25 RAMD

by Nurulhuda

SERENDAH, 17 Okt – Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) telah melaksanakan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2022 bagi menguji keupayaan serta kebolehan sistem pengurusan warganya.

Markas Briged Ke-11 infantri Malaysia (11 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, eksesais yang melibatkan seramai 17 pegawai dan 350 anggota dari 25 RAMD, 11 Skuadron Semboyan Briged (11 SSB) dan Rejimen 502 Askar Wataniah (Rej 502 AW) ini telah dilaksanakan di kawasan Kelumpang hingga Serendah pada 3 hingga 15 Oktober lalu.

Menurut Markas 11 Bgd, eksesais ini merangkumi pergerakan taktikal sejauh 40 kilometer (km) melibatkan aplikasi Latihan Pandu Arah, Ilmu Medan Perang (IMP), Tindakan Serta Merta (TSM), Menduduki Pengkalan, Rondaan, SERDAP dan Serangan Khemah Musuh.

Majlis Perbarisan Penutup Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2022 ini telah disempurnakan oleh Panglima 11 Bgd Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman, di kawasan am Serendah, Selangor pada Sabtu lalu.

Dalam ucapan penutup, Panglima 11 Bgd menjelaskan bahawa latihan ini bertujuan untuk menguji keupayaan serta kebolehan sistem pengurusan dan pelaksanaan latihan di dalam seksyen, platun dan kompeni.

“Momentum latihan sebegini perlu diteruskan dari masa ke semasa bagi mengekalkan kesiagaan pasukan,” jelasnya.

Latihan ini sejajar dengan Perkara Pertama Perintah Ulung Panglima 11 Briged iaitu Kesiagaan serta Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply