Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Lagi 5 PATI Indonesia diberkas ceroboh masuk Malaysia

Lagi 5 PATI Indonesia diberkas ceroboh masuk Malaysia

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 17 Okt – Tindakan 5 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia bersembunyi di pinggir hutan berdekatan Hotel Amerald, Bayu Damai untuk menceroboh masuk negara gagal, apabila berjaya diberkas oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua PATI berkenaan telah diberkas dalam Operasi Benteng (Op Benteng) kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).

Menurut Markas 3 Div, anggota Tim Quick Reaction Force (QRF) telah bertindak menahan 5 PATI warga Indonesia berkenaan kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

“Kesemua mereka terdiri daripada 5 orang lelaki warga Negara Indonesia berumur diantara 24 sehingga 47 tahun,

“Seterusnya dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk disoal siasat dan proses dokumentasi serta laporan kepada pihak polis,

“Mereka telah dibuat saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasil ujian saringan mendapati kesemua PATI negatif COVID-19,” jelas Markas 3 Div.

Tambahnya, kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Johor Baharu untuk tindakan lanjut.

Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM5,137.00 melibatkan wang tunai dalam mata wang
Indonesia, barangan kemas serta 4 buah telefon bimbit yang terdiri dari pelbagai jenama.

Dalam masa yang sama, Markas 3 Div menjelaskan, pihaknya akan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?