Home Semasa Mahasiswa Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir dibebaskan

Mahasiswa Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir dibebaskan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memaklumkan seorang mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah dibebaskan pada petang 24 September lalu.

Beliau berkata, mahasiswa itu berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti berkenaan.

“Kementerian Luar Negeri (KLN) telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Republik Arab Mesir melalui Kedutaan Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur bagi memastikan kebajikan beliau (mahasiswa) sentiasa terpelihara,

“Kerajaan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama erat dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurutnya, KLN sentiasa prihatin akan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.

Pada masa sama, beliau menasihatkan supaya rakyat Malaysia sentiasa peka dan mematuhi undang-undang negara tuan rumah di mana mereka berada. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply