if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan LTAT meterai MoU dengan EDGE Group, teroka peluang industri pertahanan Malaysia

LTAT meterai MoU dengan EDGE Group, teroka peluang industri pertahanan Malaysia

by M.Daim

UAE, 21 Sept, – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan konglomerat Emiriyah Arab Bersatu, EDGE Group.

Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini,

Menurut beliau, MoU tersebut telah ditandatangani sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif EDGE Group, Mansour Mohamed Al Mulla.

“MoU ini merangkumi penerokaan peluang kerjasama lebih erat antara LTAT dengan EDGE Group dalam usaha menyokong pelbagai bentuk keupayaan dan penyelesaian pertahanan,

“Kerjasama EDGE Group dan LTAT bagi mengenal pasti potensi pelaburan bersama dalam bidang industri strategik dan pertahanan di Malaysia,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?