Home Semasa Samy Vellu meninggal dunia

Samy Vellu meninggal dunia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Bekas Presiden MIC, Tun Dr S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun awal pagi tadi.

Berita tersebut dikongsi bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam di laman Facebook beliau.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu mantan presiden MIC dan menteri legenda dalam kabinet Malaysia daripada anaknya DS Velpari,

“Bagi kebanyakan kami, dia adalah mentor utama,

“Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami,” kata Subramaniam.

Subramaniam turut menzahirkan ucapan takziah kepada Toh Puan, DS Velpari dan seluruh keluarga atas pemergian beliau.

“Dia menjalani kehidupan yang penuh dan gemilang dan penuh dengan rasa hormat dan penghargaan yang mendalam,

“Semoga rohnya sampai ke kediaman Tuhan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, yang juga Presiden MCA, turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang di atas pemergian ahli politik veteran itu.

Samy Vellu menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010.

Beliau juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply