Home Semasa Lelaki tempatan ditahan miliki 255 karton rokok seludup

Lelaki tempatan ditahan miliki 255 karton rokok seludup

by Air Times News Network

KLUANG, 13 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan bersama 255 karton rokok pelbagai jenama dipercayai tanpa cukai kastam yang dianggarkan bernilai RM60,669 di sebuah premis di Pekan Baru Layang-Layang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Polis Bahrin Mohd Noh berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang bersama anggota Balai Polis Layang-Layang telah menahan lelaki berumur 34 tahun itu dan merampas rokok tersebut.

Beliau berkata, serbuan di premis itu melibatkan jenama rokok jenis U2, Tiara Merah, RE King Merah dan RE Bold Hitam.

“Turut dirampas rokok jenama Touro Hitam, LA Hitam, Canyon Blast Biru, Canyon Menthol Hijau, Clas Mind Putih, Galaxy Merah, Sampoerna Mild Putih, Gudang Baru, Gudang Garam Menthol Mild Putih, Impact Diplomat Hitam; John Merah dan Luffman Classics Putih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply