PORT DICKSON, 9 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melaksanakan Force Integration Training (FIT) dan Eksesais RESTORE HOPE Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10 telah melabuhkan tirai secara rasmi, semalam.
Majlis telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Staf, Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Md Fauzi Salleh TUDM di Hangar MALBATT Village.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran di media sosialnya berkata, semua dif kehormat dipertontonkan dengan demonstrasi Road Check Point dan Crowd Riot Contol dengan memperlihatkan bagaimana reaksi tim anti rusuhan menangani serta mengendalikan ancaman di luar kawalan.
“FIT yang dilaksanakan mulai 18 Julai sehingga 8 September lalu telah menggariskan beberapa objektif bagi menilai tahap keupayaan kontinjen MALBATT untuk diaturgerakkan,
“Objektif utama latihan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan anggota dengan ilmu yang berkaitan dalam semua aspek bidang penugasan semasa,” katanya.
Selain itu, eksesais ini juga bertujuan menguji tahap kompetensi pegawai dan anggota sebagai pengaman misi di bumi Lubnan kelak.
Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Udara, Mejar Jeneral Datuk Noor Mohamad Akhmar Mohd Dom TUDM.
Sebanyak 6 lane telah diuji melalui pengoperasian Tactical Operation Center (TOC).
Ianya merangkumi Road Check Point (RCP), UN Designated Site (UNDS), Cordon and Search (C&S), Foot Patrol (FP), Vehicle Patrol (VP), Convoy and Escort serta pengendalian Rancangan Kontingesi (RANKON). -airtimes.my

Semua dif kehormat dipertontonkan dengan demonstrasi Road Check Point dan Crowd Riot Contol dengan memperlihatkan bagaimana reaksi tim anti rusuhan menangani serta mengendalikan ancaman di luar kawalan