KUALA KURAU, 8 Spet – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau telah menahan 2 bot nelayan kenka di muara Kuala Kurau, semalam.
Pengarah Zon APMM Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, bot berkenaan ditahan ketika sedang menunda pukat pada kedudukan 7.7 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau.
Jelasnya, anggota APMM kemudian merapati bot kenka tersebut untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 5 kru nelayan tempatan termasuk tekong berusia antara 49 hingga 68 tahun berada di bot berkenaan,
“Ketika pemeriksaan dijalankan, didapati bot pasangan bot kenka tersebut tidak sama seperti yang dinyatakan dalam lesen serta tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.,” jelas beliau.
Menurutnya, kedua-dua bot kenka itu turut menarik pukat di kawasan yang tidak dibenarkan.
“Kesemua nelayan, bot serta peralatan menangkap ikan telah dibawa ke Jeti Zon APMM Kuala Kurau bagi tindakan lanjut,
“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen,” ujarnya.
Jelasnya lagi, orang ramai boleh melaporkan sebarang kes jenayah atau kecemasan kepada Maritim Malaysia di talian MERS 999 yang atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919. -airtimes.my
Twt: Bot kenka itu ditahan pada kedudukan 7.7 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau kerana memukat di kawasan yang tidak dibenarkan.
@MYCoastGuard
#APMM #Kenka #AirTimes #Nelayan