Home SemasaAzalina masih Penasihat Undang-Undang PM

Azalina masih Penasihat Undang-Undang PM

by Air Times News Network
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa beliau masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Azalina yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata demikian berikutan laporan portal berita memaklumkan beliau telah meletak jawatan pada Selasa.

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia,

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65,” katanya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply