Home Pertahanan dan Keselamatan Radar Gempita kesan pendaratan 6 PATI Indonesia di Teluk Ramunia

Radar Gempita kesan pendaratan 6 PATI Indonesia di Teluk Ramunia

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 25 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya memberkas 6 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia cuba menyusup masuk ke Malaysia di Teluk Ramunia, hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, melalui maklumat perisikan dan pengesanan radar kenderaan perisai AV-8 Gempita bersama Tim Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya mengesan pendaratan PATI tersebut pada jam 7.30 pagi.

“Anggota QRF telah bertindak ke lokasi berkenaan dan berjaya menahan kesemua PATI yang sedang bersembunyi pinggir hutan Jalan Teluk Ramunia,

“Kesemua PATI yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia berumur antara 29 hingga 51 tahun dan telah dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Seterusnya, kesemua PATI telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Rengit untuk membuat ujian saringan COVID-19 dan keputusannya adalah negatif.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia pada jam 3.00 petang tadi.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 7,317.31 melibatkan wang tunai dalam mata wang Malaysia; Indonesia; Singapura; Pakistan; Qatar; Australia serta 2 utas jam tangan termasuk 6 buah telefon bimbit terdiri daripada pelbagai jenama,” ujarnya.

Tambahnya, pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. – airtimes.my

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia pada jam 3.00 petang tadi

Related Articles

Leave a Reply