Home SemasaGlobal Pesawat lambat mendarat gara-gara juruterbang lena diulit mimpi

Pesawat lambat mendarat gara-gara juruterbang lena diulit mimpi

by M.Daim

ADDIS ABABA, 20 Ogos – Sebuah pesawat komersial lambat mendarat akibat dua juruterbang tidur ketika melakukan penerbangan pada 37 ribu kaki.

Kecuaian juruterbang dan pembantunya telah menyebabkan pesawat penerbangan ET-343 dari Sudan ke Ethiopia gagal melakukan pendaratan mengikut jadual yang sepatutnya.

“Pesawat sedang menuju ke destinasi dengan menggunakan auto-pilot dan kedua-dua juruterbang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan penerbangan sedang nyenyak tidur,

“Ketika menghampiri Lapangan Terbang Addis Ababa, pesawat tidak melakukan penurunan aras tetapi melakukan penerbangan di atas ruang udara landasan,

“Pada ketika itu, mod auto-pilot telah berhenti secara automatik dan menyebabkan kedua-dua juruterbang terbabit bangun dari tidur,” lapor Sudanpost yang menyatakan kejadian berlaku pada Isnin lalu.

Rakaman data Flightradar24 menunjukkan pesawat ET-343 gagal melakukan pendaratan dan terpaksa melakukan pusingan.

Menurutnya, pusat kawalan penerbangan (ATC) telah berulang kali menghubungi pesawat terbabit namun tidak dijawab.

“Setelah menyedari apa yang berlaku, juruterbang telah melakukan kawalan dan melakukan pendaratan 25 minit kemudian,” kata laporan itu.

Tinjauan di arkib Flightradar 24 menunjukkan pesawat terbabit telah melakukan pusingan  di bahagian barat daya lapangan terbang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?