Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
12 bulan di bumi Mindanao, TPA M-16 dianugerahkan lencana Combat Kagitingan Badge – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan 12 bulan di bumi Mindanao, TPA M-16 dianugerahkan lencana Combat Kagitingan Badge

12 bulan di bumi Mindanao, TPA M-16 dianugerahkan lencana Combat Kagitingan Badge

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao – 16 (TPA-M16) telah dianugerahkan lencana Combat Kagitingan Badge oleh Angkatan Tentera Filipina atas keberanian dalam melaksanakan misi di Mindanao.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran media sosialnya berkata, TPA-M telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas berpandukan Terms of Reference (TOR) bagi memantau perjanjian gencatan senjata yang melibatkan pihak Government of Philippines (GPH) dan Moro Islamic Liberation Front (MILF).

“TPA M-16 telah berjaya membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan dalam setiap insiden yang berlaku,

“Sejak penglibatan TPA-M pada 10 Oktober 2004 selaku pemantau di dalam ‘konflik Mindanao, terdapat beberapa pencapaian yang positif telah terhasil bagi merialisasikan perdamaian yang berterusan diantara kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, Majlis Pembubaran Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao – 16 (TPA-M16) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM, di Wisma Perwira ATM Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyempurnakan pemakaian lencana Combat Kagitingan Badge.

TPA M-16 yang diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Hamdan Ismail, telah selamat kembali ke tanah air pada 30 Jun 2022 yang lalu.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?