Home SemasaGlobal Penyebaran berita palsu, maklumat tidak tepat adalah keganasan digital

Penyebaran berita palsu, maklumat tidak tepat adalah keganasan digital

by M.Daim

ANKARA, 10 Ogos – Pengarah Komunikasi dan Jurucakap Presiden Turkiye, Fahrettin Altun menegaskan penyebaran maklumat palsu merupakan satu bentuk keganasan digital yang memberikan ancaman keselamatan nasional.

Menurut beliau, selain berhadapan dengan ancaman secara fizikal,  Turkiye turut diancam dengan penyebaran maklumat palsu dan tidak tepat oleh kumpulan pengganas.

“Akaun pro pengganas telah dikesan melakukan penyebaran maklumat tidak tepat secara sistematik terhadap Turkiye di media sosial,

“Melalui cara ini, mereka akan mempengaruhi pemikiran penduduk setempat dan negara luar terhadap Ankara,” katanya dalam Bengkel Media Baharu dan Keganasan Digital.

Menurut laporan media Yeni Safak, kumpulan disebalik kegiatan ini menggunakan media digital sebagai saluran propaganda, penyebaran doktrin dan komunikasi.

“Ia turut digunakan untuk menarik sokongan dan simpati daripada umum,

“Keganasan digital adalah satu ancaman keselamatan dan setiap negara perlu mempunyai langkah serta usaha untuk membasmi kegiatan sebegini dalam dunia digital,” katanya.

Beliau menambah, usaha sebegini bukanlah satu pilihan tetapi ia wajib dilaksanakan kerana ianya tanggungjawab sesebuah kerajaan kepada rakyatnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply