Home Pertahanan dan Keselamatan Premis pelacuran saji GRO diserbu polis

Premis pelacuran saji GRO diserbu polis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Sebuah premis di Jalan Rembia, Bukit Bintang yang menjalankan aktiviti pelacuran telah diserbu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan pada jam 10.15 malam itu, pihak polis berjaya menahan seramai 17 orang termasuk 13 wanita bukan warganegara yang disyaki sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).

“Seramai 17 orang terdiri daripada 3 lelaki warga tempatan dan 14 individu bukan warganegera termasuk seorang lelaki yang berumur 21 hingga 37 tahun telah ditahan,

Turut ditahan 4 lelaki termasuk seorang bukan warganegara dalam serbuan

“Pihak polis turut merampas sebanyak 39 kondom; 4 buah telefon bimbit; 13 rankai kunci bilik; sekeping resit perniagaan dan wang berjumlah RM1,500,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tegasnya, kesemua yang ditahan direman selama 3 hari bermula 3 hingga 5 Ogos 2022.

Noor Dellhan berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan; Seksyen 373 akta yang sama dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply