Home Pertahanan dan Keselamatan Setahun pikul tugas di Mindanao, TPA M-16 selamat pulang ke tanah air

Setahun pikul tugas di Mindanao, TPA M-16 selamat pulang ke tanah air

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Jul – Selepas 12 bulan bertugas di bumi Filipina, Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-16 (TPA M-16) selamat tiba di tanah air malam tadi.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran di media sosialnya berkata, Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad TUDM turut bersama deligasi dan anggota TPA M-16 tiba di Pangkalan Udara Subang.

“TPA M-16 tiba di Pangkalan Udara Subang dengan menaiki pesawat C-130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 8.15 malam,

“Turut menyambut kepulangan adalah ahli keluarga pegawai TPA-M16,” katanya.

Sebelum itu, Yazid telah menyempurnakan perbarisan Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke – 16 (TPA – M16)  di Markas TPA – M16 di Cotabato City, Filipina.

“Perbarisan berangkat pulang ke tanah air telah disaksikan oleh tetamu khas dari pemegang taruh tempatan serta pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diterbangkan dari Malaysia,

“Semasa perbarisan tersebut, PAB turut menerima tabik hormat serta menyaksikan majlis menandatangani sijil penghargaan yang ditandatangani bersama oleh Ketua Misi TPA-M16, Mejar Jeneral Datuk Hamdan Ismail dengan wakil Committees on the Cessation of Hostilities (CCCH) kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF),” ujarnya.

Terdahulu, seramai 16 orang pegawai dari ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pegawai Tadbir Diplomatik Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri di tugaskan bagi memantau isu genjatan senjata antara GPH (Goverment Of Philippine) dan MILF Moro Islamic Liberation Front) di Mindanao. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply