Home Pertahanan dan Keselamatan Hubungan kerjasama MALBATT 850-9 dan ROKBATT terus diperkukuh

Hubungan kerjasama MALBATT 850-9 dan ROKBATT terus diperkukuh

by Nurulhuda

BURJ ASH SHAMALI, 29 Jun – Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT 850-9) komited memperkukuhkan hubungan baik dan kerjasama serantau terutama ketika memikul tugas serta tanggungjawab dalam memastikan keamanan Selatan Lubnan sentiasa terpelihara.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, perkara itu dizahirkan melalui kunjungan hormat Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin terhadap Col Kang In So, Komander Republic of Korea Battalion (ROKBATT) di UNP 2-51 Burj Ash Shamali, semalam.

“Ketibaan Komander MALBATT 850-9 disambut mesra oleh Komander bersama staf ROKBATT,

“Pertemuan ini merupakan aktiviti rutin dan timbal balas bagi Komander Batalion yang berkhidmat dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), dalam mengekalkan hubungan baik dan kerjasama antara Batalion,

“Perbincangan juga melibatkan aspek perlaksanaan operasi, latihan, CIMIC, perancangan aktiviti-aktiviti masa hadapan serta mekanisma dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 yang dihadapi oleh semua trup UNIFIL masa kini,” jelas hantaran itu.

Acara diakhiri dengan penukaran cenderahati di antara kedua-dua Komander kenangan sebagai tanda penghargaan. airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!