Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM sertai MMIC 2022, perhalusi industri marin tempatan

TLDM sertai MMIC 2022, perhalusi industri marin tempatan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Buat pertama kalinya Tentera Laut Malaysia (TLDM) bersama para akademik dari universiti tempatan dan beberapa agensi kerajaan menyertai 1st Malaysia Marine Industry Conference (MMIC) 2022 anjuran Institute of Engineers Malaysia (IEM).

Majlis perasmian persidangan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob di UTM Residensi, Jalan Semarak, semalam.

TLDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, persidangan itu buat julung kalinya melibatkan para akademik dari 4 universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Selain itu, konferen ini juga melibatkan beberapa agensi kerajaan diantaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Jabatan Laut, Kementerian Pengangkutan dan TLDM,” jelasnya.

Menurut TLDM, persidangan yang melibatkan 150 peserta ini adalah merupakan titik permulaan semua stakeholders membincangkan cabaran, peluang dan pelan tindak yang perlu dirangka untuk memastikan salah satu industri berat di negara ini berdaya saing serta boleh berkembang, termasuk keupayaan menembusi pasaran serantau.

Tema konferen kali ini di bawah Organising Chairman Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung ialah Bridging the Government, Industry and Academia Towards Developing Indigenous Marine Technology.

Sepanjang MMIC, TLDM telah menyampaikan 2 Kertas Kerja yang diketuai oleh Ketua Jurutera TLDM serta Kepten Ir. Khairol Nizam Mansor TLDM.

Dalam masa yang sama, TLDM menjelaskan, pihaknya akan terus menyokong segala dasar dan inisiatif ke arah self-reliance bagi memastikan industri marin tempatan kekal mampan dan berdaya saing. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply