Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eks Ubique Claw uji ketumbukan 10 Briged Para dalam operasi menyeberangi sungai

Eks Ubique Claw uji ketumbukan 10 Briged Para dalam operasi menyeberangi sungai

by Nurulhuda

MELAKA, 22 Jun – Markas 10 Briged Para (10 Bgd Para) telah melaksanakan Eksesais Ubique Claw Siri 1/22 bagi menguji keupayaan anggota 10 Skuadran Rejimen Askar Jurutera Diraja (10 Skn RAJD) Para dalam Operasi Menyeberangi Sungai, pada 14 hingga 17 Jun lalu.

RAJD dalam hantaran di media sosialnya berkata, latihan yang dilaksanakan di Ladang Taman Permai, Kuala Sungai Baru itu merupakan eksesais gabungan bersama unit-unit di bawah naungan 10 Bgd (Para) yang melibatkan seramai 7 pegawai dan 88 anggota.

“Eksesais tersebut melibatkan anggota dari Komp Pandura sebagai Recon elemen, Komp Bantuan (Para) sebagai Bridgehead Force, 10 Skn RAJD (Para) dan 10 Platun Kor Polis Tentera Diraja (10 PL KPTD Para) sebagai Manouver Sp Force,

“Tujuan eksesais ini dilaksanakan adalah sebagai persediaan untuk menguji tahap kesiagaan peralatan perairan sedia ada serta memperkemaskan pelaksanaan Teknik, Taktik, Prosedur (TTP) menyeberangi sungai,

“Misi menyeberangi sungai bermula dengan menyelamatkan tanah dekat dan tanah jauh seterusnya menawan objektif di tanah jauh melalui 2 jenis lokasi penyeberangan iaitu Foot Crossing Site menggunakan Portable Floating Platform (PFP) dan Rafting Site menggunakan Rakit Catamaran,” jelas hantaran itu.

Tegasnya, latihan diakhiri dengan After Action Review yang dilaksanakan di Markas Taktikal bagi membincangkan keberkesanan serta kelemahan latihan yang telah dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply