Home PolitikPakatan Harapan Rasuah: Pemimpin PH gesa segerakan Akta Dana Politik

Rasuah: Pemimpin PH gesa segerakan Akta Dana Politik

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kerajaan perlu melaksanakan beberapa reformasi dan tindakan tegas berkaitan gejala rasuah dengan kadar segera berikutan perkara itu semakin berleluasa terutamanya melibatkan parti serta penjawat awam.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, ia teramsuklah melakukan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik serta meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Majlis Presiden PH menimbulkan rasa risau serta marah apabila meneliti berita kejadian-kejadian rasuah yang semakin menjadi-jadi,

“Majlis Presiden PH mengulangi komitmen untuk memerangi rasuah,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dan Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut kenyataan itu, penerimaan bayaran sebanyak RM30,000 oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Tambahnya, ini adalah pada ketika beliau menerima bayaran berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Mohd Sidek masih lagi memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

“Selain itu, dalam kes berhubung Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pula, seorang bekas pengarah UKSB, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima di antara SGD200,000 hingga SGD520,000 sebulan,

“Bekas pengarah itu juga berkata, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui UMNO Bahagian Rembau juga telah menerima di antara RM50,000 hingga RM200,000,

“Kedua-dua kes ini amat merisaukan, bukan hanya kerana ia melibatkan tokoh-tokoh politik besar tetapi juga tokoh utama perkhidmatan awam,” tambah Majlis Presiden PH. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply