Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Zuraida keluar Bersatu, sedia letak jawatan sebagai menteri

Zuraida keluar Bersatu, sedia letak jawatan sebagai menteri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata, beliau akan tetap menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setelah membuat pertimbangan yang mendalam, saya telah memutuskan untuk menyertai PBM,

“Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan 6 prinsip terasnya, iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebah negara maju,

“Saya melihat banyak potensi dalam PBM, terutamanya pada masa rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama, yang membantutkan kemajuan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai jawatan di Kabinet, beliau menjelaskan akan bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai kedudukannya sebagai menteri.

“Insya-Allah saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan perletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,

“Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di atas kepercayaan mereka melantik saya sebagai Menteri Kabinet,

“Sepanjang saya berkhidmat di kedua-dua kementerian, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dan membawa perubahan positif kepada rakyat dan kehidupan mereka. Terima kasih juga atas sokongan padu yang saya terima sepanjang perkhidmatan saya di kedua-dua kementerian,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply