Home Pertahanan dan Keselamatan Hanya PVATM jalan penyelesaian isu veteran tentera – Presiden PVATM

Hanya PVATM jalan penyelesaian isu veteran tentera – Presiden PVATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Datuk Sharuddin Omar menegaskan, pihaknya tidak terlibat dalam sebarang perancangan dan perhimpunan yang akan diadakan pada 6 Jun 2022.

Menurut beliau, PVATM serta jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh pihaknya secara sah adalah satu-satunya jalan penyelesaian kepada isu veteran tentera.

“Sejak kebelakangan ini, terdapat segelintir kalangan veteran telah menubuhkan kumpulan atau memperjuangkan isu veteran,

“Pada pandangan mereka, isu tersebut perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan segera. Cara perjuangan mereka berbeza antara satu sama lain,

“Sesungguhnya, PVATM tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan veteran yang memperjuangkan kebajikan vetaran secara jalanan dan tidak berhemah,

“Konsep perjuangan veteran sangat jelas sejak dari dahulu hingga kini dalam memperjuangkan apa juga isu mengenai kebajikan veteran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapanya semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Veteran ATM ke-100 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada Sabtu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan kepimpinan tertinggi ATM bersama veteran ATM selepas Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Veteran ATM ke-100 yang bertemakan ‘Maruah dan Pengorbanan’ pada Sabtu.

Menurutnya, PVATM akan sentiasa mengambil pendekatan dan kaedah rundingan berhemah secara bersama untuk mencari keputusan menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Tambahnya, kempimpinan dan keahlian PVATAM kini sangat matang dalam usia 100 tahun penubuhannya.

“Kempimpinan dan keahlian PVATM yang diselenggara kini sangat matang dalam usia 100 tahun dengan penuh kewarasan dalam menjunjung masalah veteran melalui 3 teras utama,

“Teras tersebut termasuklah, tegas dalam mengangkat isu sejagat, berhemah dalam pendekatan namun berlapang dada dan bertolak ansur dalam menangani keputusan serta kekangan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan, PVATM melarang penglibatan ahlinya dalam mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak sah termasuk perhimpunan yang dijadualkan pada 6 Jun ini.

Tegasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat.

Seramai 562 veteran ATM terbabit dalam perbarisan itu mewakili ahli berdaftar melebihi 170,000 veteran dari seluruh negara.

Pada Sabtu lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien telah menyaksikan Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Veteran ATM ke 100 yang bertemakan ‘Maruah dan Pengorbanan’.

Seramai 562 veteran ATM terbabit dalam perbarisan itu mewakili ahli berdaftar melebihi 170,000 veteran dari seluruh negara.

Sambutan itu turut dihadiri oleh perwakilan persatuan veteran dari peringkat serantau.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?