Home Pertahanan dan Keselamatan Transporter wanita ditahan seludup masuk 9 PATI Indonesia

Transporter wanita ditahan seludup masuk 9 PATI Indonesia

by Air Times News Network

SEPANG, 17 Mei – Batalion 6 Pasukan Gerakan AM (PGA) berjaya menahan seorang wanita asing disyaki menjadi transporter bagi menyeludup masuk suaminya serta 8 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang lain di Ladang Tumbuk, Tanjung Sepat pada Isnin.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Deputi Superintendan Salehin Suleiman berkata, wanita tersebut ditahan oleh pasukannya bersama bantuan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) pada jam 6 pagi ketika dalam perjalanan untuk menghantar PATI tersebut ke lokasi yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, turut ditahan seorang tekong darat warga tempatan dalam serbuan yang dijalankan.

“Pemeriksaan mendapati kesemua warga asing berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke negara ini melalui jalan laut dengan menaiki bot dari Indonesia,

“Kereta Perodua Axia milik wanita terbabit juga telah dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Salehin, kesemua PATI berusia 31 hingga 41 tahun itu telah dibawa ke Balai Polis Sungai Pelek untuk tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom) serta Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut menjelaskan, agar masyarakat dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi mengekang kemasukan PATI. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply