Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Perolehan aset TUDM kini dalam fasa terakhir – Panglima Tentera Udara

Perolehan aset TUDM kini dalam fasa terakhir – Panglima Tentera Udara

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=IbaGiojoqwY[/embedyt]

 

IPOH, 14 Mei – Perolehan aset tambahan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam mengukuhkan keupayaan pengoperasian TUDM kini dalam fasa pelaksanaan terakhir.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM berkata, pihaknya bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan kini sedang melaksanakan proses terakhir dalam fasa perolehan tersebut.

“Seperti mana yang saya telah beritahu sebelum ini, memang TUDM dalam perancangan untuk memenuhi keupayaan pembangunan Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan 2055 (CAP55), kita dalam perancangan pembelian aset-aset baharu,

“Proses pembelian aset ini masih dalam fasa pelaksanaan terakhir,” jelasnya selepas menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 64/2021 di Akademi Tentera Udara Ipoh, hari ini.

Menurutnya, kesemua aset-aset yang ingin dibuat perolehan ini perlu menjalani pemeriksaan dan penilaian fizikal di lapangan.

Selain itu, beliau turut menjelaskan pihaknya akan meneruskan segala latihan dan operasi yang telah dirancangkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam negara.

“Semasa COVID-19 sepanjang 2 tahun yang lepas, latihan-latihan dalam TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diteruskan seperti biasa,

“Kita tidak berhenti atau melewatkan apa-apa latihan, tetapi kita tetap mengikut SOP COVID-19,

“Jadi kursus-kursus dilakukan seperti ini, tidak berhubung dengan orang luar. Mereka (penuntut) akan berada hanya di dalam kem dan tidak dibenarkan keluar tanpa urusan lain,

“Latihan berjalan seperti biasa sepanjang pandemik ini,” ujarnya.

Terdahulu, beliau telah menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM yang melibatkan seramai 365 orang PjM U yang diketuai oleh PjM Udara Muhammad Shakir Irfan Mohammad Hafiz.

Beliau dalam ucapannya berkata, evolusi pemerkasaan latihan Perajurit Muda adalah dirangka dan memfokuskan pembangunan kapasiti warga udara agar dapat memenuhi keperluan keupayaan TUDM masa kini dan yang akan datang.

“Saya berharap generasi baharu warga TUDM, yang mempunyai tekad, keazaman dan iltizam yang tinggi serta memiliki matlamat yang jelas, iaitu untuk mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara dilakukan dengan penuh komited dan berdedikasi,

“Saya mahukan saudara-saudara memegang prinsip growth mindset, iaitu sentiasa berusaha untuk menambahbaik kemahiran sedia ada dengan mempelajari perkara baru dan menyambut baik perubahan positif,” katanya lagi.-airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply