Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas 8,207 karton rokok seludup di Kepong Baru

PGA rampas 8,207 karton rokok seludup di Kepong Baru

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras berjaya merampas 8,207 karton rokok seludup pelbagai jenama di taman perumahan di Kepong Baru pada Isnin.

Komander Briged Tengah PGA Cheras, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Zulkifli Jonit berkata, serbuan pada jam 11 pagi itu turut berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit dan kereta pacuan 4 roda yang disyaki digunakan dalam menjalankan aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai,

“Jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM2,022,632.20,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Zulkifli, serbuan tersebut berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Kuala Lumpur.

“Sindiket menjadikan kediaman yang disewa di kawasan taman perumahan sebagai stor penyimpanan rokok,

“Pihak polis menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply