Home Semasa Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan di Mesir

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan di Mesir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas kemudahan pengepaman air di Sinai, Mesir yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh pada Sabtu.

Wisma Putra berkata, Malaysia merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaan dan rakyat Mesir, khususnya kepada waris mangsa.

“Malaysia berharap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu akan diheret ke muka pengadilan,

“Malaysia turut menolak sekeras-kerasnya semua bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau,” menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), semalam.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 11 tentera termasuk seorang pegawai terbunuh selepas militan menyerang kemudahan itu yang terletak di Semenanjung Sinai.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply