Home Semasa Ops Hari Raya: 5,021 kenderaan dikesan lebihi had laju – JPJ

Ops Hari Raya: 5,021 kenderaan dikesan lebihi had laju – JPJ

by M.Daim

PUTRAJAYA, 1 Mei – Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyatakan sebanyak 5,021 kenderaan dikenal pasti telah melanggar had kelajuan pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 966 buah kenderaan telah dikesan melanggar isyarat lampu merah.

Menurutnya, kesalahan tersebut dikesan dengan menggunakan Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) pada 29 Mei.

“Kesemua 45 kamera AWAS merangkumi 29 unit untuk pemantauan kesalahan melebihi had laju dan 16 bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah beroperasi sepenuhnya,” kata JPJ.

Tegasnya, memandu lebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merupakan dua kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Kedua-dua kesalahan ini antara kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun mengikut Seksyen 79, Akta 333. Sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000,

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua seterusnya menurunkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply