Home Semasa Gempa bumi lemah di Kundasang pagi tadi

Gempa bumi lemah di Kundasang pagi tadi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Apr – Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi berskala 3.7 richter yang berlaku di Kundasang, Sabah pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu hantaran di media sosial rasminya berkata, kejadian yang berlaku pada jam 9.39 pagi itu turut dirasai di sekitar Ranau.

“Gempa bumi tersebut berlaku di kedudukan latitud 6.1 arah utara dan longitud 116.6 timur di jarak 14 kilometer (km) Barat Laut dari Ranau, Sabah,

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau, Sabah dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, MET Malaysia akan terus memantau keadaan tersebut serta menyeru kepada penduduk yang merasai gegaran tersebut agar mengisi borang soal selidik yang berada di portal rasmi MET Malaysia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply