Home SemasaGlobal Turki tutup ruang udara kepada pesawat Rusia

Turki tutup ruang udara kepada pesawat Rusia

by M.Daim

ANKARA, 24 April – Kerajaan Turki telah menutup ruang udara negara itu kepada pesawat Rusia yang melakukan penerbangan ke Syria.

Penutupan tersebut merangkumi pesawat tentera dan penerbangan awam ke wilayah Damsyik.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu mengumumkan penutupan itu dan menyatakan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Moskow.

“Turki menutup ruang udara kepada pesawat awam dan tentera Rusia yang membawa tentera ke Syria,

“Kami telah memberikan kebenaran selama 3 bulan sehingga April kepada Moskow,

“Erdogan telah menyampaikan keputusan ini kepada Vladimir Putin,” kata Cavusoglu yang dipetik oleh media Turki, TRT Haber.

Turki merupakan antara negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Moskow dan turut menawarkan khidmat sebagai orang tengah untuk menamatkan konflik Rusia-Ukraine.

Menurut Cavusoglu, perbincangan sedang diteruskan antara Kyiv dan Moskow. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply