Home Pertahanan dan Keselamatan ATM terima sumbangan Al-Quran, kurma dari Arab Saudi

ATM terima sumbangan Al-Quran, kurma dari Arab Saudi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sumbangan 4 tan buah kurma dan sebanyak 1,000 naskah Al-Quran daripada Angkatan Tentera Arab Saudi yang mewakili kerajaan Arab Saudi, untuk diagihkan kepada perkhidmatan ATM sempena bulan Ramadan ini.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Arab Saudi di Malaysia iaitu Brigedier Jeneral Abdullah Khaled Alyamini kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM di Wisma Pertahanan pada Khamis.

Markas ATM dalam kenyataan berkata, ATM sesungguhnya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Angkatan Tentera Arab Saudi amnya dan khususnya kerajaan Arab Saudi atas sumbangan berkenaan sebagai tanda pengukuhan hubungan silaturahim serta persaudaraan sesama Islam,

“Di samping itu, ia juga memperkasakan aspek diplomasi pertahanan antara Angkatan Tentera kedua-dua buah negara,” jelas Markas ATM.

Tegasnya, pemerkasaan hubungan ketenteraan melalui sumbangan ini juga selari dengan Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera iaitu Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan dalam konteks hubungan pertahanan antarabangsa antara Malaysia dan negara lain.

Turut hadir, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi dan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Mohd Rashidi Bujai.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply