Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Hasrat 10 PATI balik raya tidak kesampaian

Op Benteng: Hasrat 10 PATI balik raya tidak kesampaian

by Nurulhuda

SARAWAK, 21 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berjaya menahan 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam 2 serbuan yang dilaksanakan kawasan sempadan negara, awal pagi tadi.

Markas 1 Div dalam kenyataan berkata, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 6 pagi oleh anggota seksyen yang mengesan 5 buah motosikal mencurigakan melalui lorong tikus Ladang Kelapa Sawit, Kampung Danau Malikin, Sektor Balai Ringin sekitar 600 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia.

“Anggota petugas bertindak menahan motosikal tersebut, walau bagaimanapun sebuah motosikal yang dibonceng oleh seorang lelaki dewasa telah berjaya meloloskan diri,

“Manakala, pada jam 2.30 petang, anggota petugas Pos Pemerhati telah melihat 4 individu sedang dalam perjalanan dari Malaysia ke Indonesia melalui jalan ladang kelapa sawit, Sektor Pos Biawak sekitar 250 meter dari sempadan,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati 10 individu yang terdiri daripada 8 lelaki dan 2 wanita warga negara Indonesia berusia sekitar 23 hingga 41 tahun dipercayai cuba pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah.

Anggota 1 Divisyen telah menahan 4 buat motosikal mencurigakan di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Danau Malikin, Sektor Balai Ringin sekitar 600 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia.

“Kesemua mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pasport yang telah tamat tempoh,

“Kesemua PATI tersebut ditahan bersama 4 buah motosikal, wang tunai berjumlah RM1,500.00, 12 buah telefon bimbit serta barangan peribadi,” ujar 1 Div.

Jelasnya, PATI dan kesemua barang yang dirampas diserahkan kepada pihak polis, Balai Polis Lundu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dalam masa yang sama, 1 Div menjelaskan, TDM terus komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

“Ia terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan PATI mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku yang berisiko menyumbang kepada penularan wabak COVID-19,” tegasnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply