Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin arah 2 warga Indonesia keluar dari perairan Tawau

Polis Marin arah 2 warga Indonesia keluar dari perairan Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 19 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) mengarahkan sebuah perahu dan 2 warga Indonesia keluar dari perairan Tawau, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, kedua lelaki warga Indonesia berusia 23 hingga 27 tahun tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah memasuki Malaysia.

“Kedua mereka telah diberi penerangan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,

“Seterusnya bot tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM Wilayah 4 Sabah.

Ridzauddin berkata, kedua warga Indonesia itu juga diberi amaran agar tidak menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply