Home Pertahanan dan Keselamatan PPM rampas 105 kotak rokok seludup pelbagai jenama

PPM rampas 105 kotak rokok seludup pelbagai jenama

by Air Times News Network

BINTULU, 18 Apr – Hasil dari risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak bersama Unit Risikan PPM berjaya merampas rokok tidak bercukai pelbagai jenama di Bintulu, semalam.

Komander PPM W5 Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, anggotanya telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kontena dalam keadaan berkunci yang berada di kawasan tepi jalan.

“Hampir 2 jam pasukan operasi menunggu namum tiada pemilik yang tampil untuk menuntut dan mengaku kontena tersebut,

“Kunci pada bahagian kontena berkenaan terpaksa dipotong dan hasil pemeriksaan telah menemui sebanyak 105 kotak dipercayai rokok tidak bercukai,” jelas beliau.

Menurutnya, kesemua rokok dan kontena telah dirampas serta dibawa ke Markas Operasi PPM Bintulu bagi diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Bintulu untuk tindakan lanjut.

“Jumlah keseluruhan rampasan rokok seludup dianggarkan bernilai RM790,500 dan kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply