Home SemasaGlobal Tidak cukup dengan Iron Dome, Israel hasilkan senjata laser pintas roket

Tidak cukup dengan Iron Dome, Israel hasilkan senjata laser pintas roket

by M.Daim

TEL AVIV, 15 Apr – Israel telah mengumumkan kejayaan mereka dalam melakukan ujian penembakan laser untuk memintas roket, mortar dan dron.

Syarikat pertahanan Israel, Rafael dalam satu kenyataan berkata, sistem yang dikenali sebagai Iron Beam itu telah berjaya memintas pelbagai objek dalam satu siri ujian yang dilaksanakan oleh mereka.

“Ini merupakan satu kejayaan teknologi inovatif dalam segemen pertahanan udara,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Israel menyatakan Iron Beam menggunakan laser berkuasa tinggi untuk memintas objek di udara.

“Peralatan terbabit telah berjaya memintas pesawat tanpa pemandu (UAV), mortar, roket, dan misil anti kereta kebal dalam pelbagai senario,” jelasnya.

Sementara itu. agensi media Turki, Anodolu menyatakan Iron Beam yang dihasilkan oleh Israel akan ditempatkan di kawasan berhampiran Gaza.

“Penempatan sistem ini akan memperkukuhkan kedudukan Iron Dome dan menjimatkan kos operasi,” katanya.

Rafael merupakan syarikat pengeluar Iron Dome yang dihasilkan bagi memintas roket, mortar dan projektil. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply