Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan 2 lelaki edar dadah di Ampang

Polis tahan 2 lelaki edar dadah di Ampang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Apr – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berjaya menahan 2 lelaki warga tempatan yang terlibat aktiviti pengedaran dadah dalam 2 serbuan berasingan di sekitar Ampang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Suprintendan Ashari Abu Samah berkata, serbuan pertama yang dilakukan pada jam 3 petang itu berjaya menahan seorang lelaki Melayu di tepi Jalan Ampang Ulu 3.

“Turut dirampas sebuah beg berwarna oren yang mengandungi 10 paket plastik berisi dadah jenis Methamphetamine sebanyak 2,012 gram,

“1 botol berisi cecair Methamphetamine 300 ml, 1 paket plastik ketulan mampat berisi dadah jenis ganja seberat 36 gram,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Ashari turut menjelaskan, serbuan kedua telah dilakukan pada hari yang sama dan berjaya menahan seorang lelaki Melayu di Lobi Astoria Ampang.

“Turut dirampas 2 buah kenderaan jenis Perodua Myvi dan Toyota Estima dalam 2 serbuan tersebut,

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM74,380 dan mampu menampung seramai 4,060 penagih di sekitar Kuala Lumpur,” ujarnya

Menurutnya lagi, kedua-dua suspek yang berumur 25 dan 33 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya lagi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply