Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas arak, rokok seludup bernilai RM600 ribu

PGA rampas arak, rokok seludup bernilai RM600 ribu

by Air Times News Network

KOTA LAKSAMANA, 13 Apr – Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras berjaya merampas 230 karton arak dan 1,774 karton rokok pelbagai jenama tidak bercukai bernilai RM600 ribu di Taman Kota Laksamana Seksyen 2 Melaka, pada Isnin lalu.

Briged Tengah PGA dalam hantaran di media sosialnya berkata, menerusi Operasi Kontraban, anggota polis dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA turut berjaya menangkap 2 lelaki tempatan.

Menurutnya, suspek aktif membekalkan rokok dan arak tidak bercukai ke kedai runcit sekitar Melaka Tengah.

Katanya, tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok dan arak tiada bercukai disekitar Melaka. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply