GUA MUSANG, 12 Apr – Cubaan 2 lelaki tempatan mengisi minyak diesel tanpa permit khas gagal apabila ditahan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan dalam serbuan di 2 stesen minyak berasingan, semalam.
Serbuan pada 8.30 pagi itu berjaya menahan kedua-dua individu tersebut yang sedang membuat pengisian minyak tersebut kedalam tong jerikin dan tangka kenderaan.
KPDNHEP dalam hantaran di media sosialnya berkata, selain kedua-dua suspek, 2 buah stesen minyak tersebut turut disiasat bagi mempastikan tiada elemen ‘bersubahat’ dalam kejadian tersebut.
“Kes disiasat berkait kesalahan dibawah Akta Kawalan 1961, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga tidak lebih dari RM 1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekali,
“Turut disita 2 buah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux bersama lebih kurang 430 liter minyak diesel,” katanya.
Menurut KPDNHEP, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM 51,000. – airtimes.my