Home SemasaGlobal Korea Selatan enggan hantar bantuan persenjataan ke Ukraine

Korea Selatan enggan hantar bantuan persenjataan ke Ukraine

by M.Daim

SEOUL, 11 Apr – Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Wook menegaskan pihaknya tidak akan menghantar sebarang bantuan persenjataan kepada Ukraine.

Perkara tersebut dijelaskan oleh jurucakap Kementerian Korea Selatan, Boo Seung-chan, hari ini.

Menurut beliau, Suh Wook menegaskan pendirian Seoul semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Oleksii Reznikov pada Jumaat lalu.

“Suh Wook telah menjelaskan terdapat kekangan dalam memberikan bantuan persenjataan kepada Ukraine,

“Ini terutamanya melihat situasi keselamatan semasa dan impak penyaluran bantuan terhadap aspek kesiagaan tentera,” kata Boo Seung-chan yang dipetik oleh media Korea Selatan.

Menurut beliau, Ukraine telah meminta bantuan persenjataan anti pesawat dari Korea Selatan bagi menghadapi ancaman serangan udara Rusia dalam peperangan yang memasuki hari ke-47 di Timur Eropah itu.

Korea Selatan sebelum ini telah membekalkan bantuan barangan seperti helmet, selimut dan peralatan perubatan kepada Kyiv dengan jumlah keseluruhan sebanyak US$804,100. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply