Home Pertahanan dan Keselamatan Cubaan seludup daun ketum ke negara jiran gagal

Cubaan seludup daun ketum ke negara jiran gagal

by Air Times News Network

KANGAR, 11 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi berjaya menahan sebuah sampan kayu yang sarat dengan muatan daun ketum di Pulau Ketam, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu Asisten Komisioner Polis, Shamsol Kassim berkata, ketika pemeriksaan lanjut dijalankan, pasukan telah menjumpai sebanyak 20 bungkusan plastik hitam dipercayai mengandungi daun ketum dan tekong sampan berkenaan berjaya melarikan diri.

“Sampan tersebut didapati menuju ke arah sempadan laut Malaysia-Thailand ketika dikesan oleh PPM namum akibat panik tekong berkenaaan telah memecut laju kea rah pantai sebelum berjaya meloloskan diri,

“Semua 20 bungkusan plastik hitam tersebut dianggarkan seberat 200 kilogram (kg) tersorok di bawah kanvas biru di bahagian hadapan sampan,” jelas beliau.

Shamsol menjelaskan, semua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Nilai kesemua hasil rampasan serta sampan dan enjin dianggarkan berjumlah RM15 ribu,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply