Home PolitikPakatan Harapan Anwar umum pertahan jawatan Presiden PKR

Anwar umum pertahan jawatan Presiden PKR

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022.

Pejabatnya menerusi kenyataan memaklumkan, Anwar telah mengemukakan permohonan untuk bertanding jawatan tersebut pada jam 12.14 tenghari tadi.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden KEADILAN bagi penggal 2022/2025,

“Beliau mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari,” katanya.

Pada pemilihan PKR kali ini dijangka tertumpu kepada Jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan 2 pertembungan yang telah mengesahkan setakat ini iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply