Home Pertahanan dan Keselamatan Penyelam hilang: Op Carilamat diteruskan, sektor pencarian diperluas

Penyelam hilang: Op Carilamat diteruskan, sektor pencarian diperluas

by Nurulhuda

MERSING, 8 Apr – Operasi Carilamat bagi mengesan 3 penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol diteruskan dengan sektor pencarian laut diperluaskan berikutan penemuan seorang mangsa Kristine Grodem, 35, jurulatih selam warga Norway kira-kira 22 batu nautika dari lokasi kejadian petang semalam.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hopsital Mersing.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) berkata, sehingga pagi ini, tiada petunjuk atau penemuan baharu barkaitan 3 lagi mangsa yang masih hilang iaitu Alexia Alexandria, 18 (Perancis), Adrian Peter, 46, (Britain) dan anaknya Nathen Renze, 14 (Belanda).

“OP CARILAMAT pada hari ini telah dimulakan pada jam7.00 pagi dengan melibatkan seramai 115 petugas, 2 pesawat udara APMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 11 bot daripada APMM, Pasukan Polis Marin (PPM), Grup Gerak Khas (GGK), agensi-egensi kerajaan serta komuniti nelayan setempat,

“Sektor pencarian dilaut diperluaskan sehingga 335.79 batu nautika persegi dan pencarian udara merangkumi keluasan 427.89 batu nautika persegi,

“Jumlah keseluruhan sektor pencarian adalah 1,074 batu nautika persegi,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam kejadian tengah hari Rabu, ketiga-tiga penyelam tersebut bersama jurulatih menyelam, didapati hilang ketika membuat latihan selaman sekitar pulau berkenaan, yang terletak kira-kira 9 batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing.

Nurul Hizam berkata laporan kehilangan tersebut dibuat oleh tekong bot yang membawa penyelam berkenaan apabila mendapati keempat-empat mereka tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar 12 tengah hari.

Menurutnya, Op Carilamat kemudiannya diaktifkan pada 2.45 petang melibatkan aset daripada APMM, PPM dan Jabatan Perikanan Malaysia serta pasukan keselamatan lain. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply