Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Macau Scam sasar keluar wang pemilik akaun Tabung Haji – Air Times News Network
Home Semasa Macau Scam sasar keluar wang pemilik akaun Tabung Haji

Macau Scam sasar keluar wang pemilik akaun Tabung Haji

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Sindiket penipuan Macau Scam kini menyasarkan pengeluaran wang dari akaun Tabung Haji yang dihubungkan melalui akaun bank konvensional milik mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak 65 laporan melibatkan kerugian RM3.59 juta.

“Kemudahan fasiliti perbankan internet oleh Tabung Haji bersama bank-bank konvensional lain telah membolehkan perkara ini berlaku,

“Siasatan mendapati, mangsa terlibat telah memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali melalui telefon,

“Akibatnya, tidak hanya wang dari akaun bank mangsa yang hilang, namun wang dari akaun Tabung Haji yang dihubungkan bersama akaun bank tersebut turut hilang,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Mohd Kamarudin, turut mengingatkan orang ramai supaya tidak sekali-kali menyerahkan maklumat perbankan kepada individu yang tidak dikenali.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, dalang kepada kegiatan ini adalah sindiket Macau Scam yang akan membuat panggilan kepada mangsa,

“Macau Scam akan menakutkan mangsa dengan dakwaan penglibatan dalam kegiatan jenayah, tunggakan kad kredit dan sebagainya,

“Kononnya bagi tujuan siasatan, sindiket akan meminta mangsa untuk mendedahkan maklumat perbankan mereka,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapat sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?