Home Pertahanan dan Keselamatan Wanita ditahan cuba seludup 230 liter minyak petrol ke Thailand

Wanita ditahan cuba seludup 230 liter minyak petrol ke Thailand

by Air Times News Network

TUMPAT, 6 Apr – Anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Kelantan telah berjaya menahan seorang wanita disyaki cuba menyeludup 230 liter minyak petrol ke Thailand, pada Selasa.

KPDNHEP Kelantan berkata, Operasi Bersepadu KPDNHEP bersama Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA 9) telah mengesan wanita berusia 40-an itu melakukan pengisian petrol dari stesen ke stesen minyak secara berulang kali.

Katanya, berdasarkan maklumat risikan, sebuah kenderaan yang mencurigakan dikesan semasa pemantauan membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dijalankan sekitar sempadan.

“Wanita tersebut telah ditahan bersama kenderaan berpendaftaran Malaysia pada jam 10.00 pagi dan menemui sejumlah 3 tong minyak petrol anggaran kuantiti 230 liter disyaki dalam cubaan untuk diseludup ke negara jiran,

“Nilai rampasan barangan kawalan adalah anggaran sebanyak RM471.50 dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan adalah sebanyak RM4,471.50,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurutnya, dalam soal siasat awal, suspek yang mendapat upah harian mengakui membeli minyak petrol itu secara berulang dari satu stesen ke stesen yang lain, bermula dari stesen minyak Chabang Empat, Tumpat ke Pasir Pekan dan sekitar Kota Bharu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply