Home Pertahanan dan Keselamatan Suami isteri ditahan jadi ‘transporter’, kutip RM2,700 setiap PATI

Suami isteri ditahan jadi ‘transporter’, kutip RM2,700 setiap PATI

by Nurulhuda

PONTIAN, 6 Apr – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan sepasang suami isteri warga tempatan kerana disyaki menjadi dalang kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), sejak 3 bulan lalu.

Suami isteri berusia 47 dan 38 tahun itu dilaporkan mengenakan bayaran RM2,700 bagi setiap seorang PATI yang ingin memasuki negara ini secara haram.

Kegiatan mereka terbongkar selepas ditahan bersama 10 PATI warga Indonesia di tepi Jalan Tebing Kiri Sungai Sanglang, pada jam 7.30 pagi, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya turut merampas 2 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah Perodua Alza dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM27,000.

“Pasukan bersama D3 Atipsom Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menahan 2 warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’,

“Seramai 10 lelaki dewasa warga negara asing berumur dalam lingkungan 17 hingga 57 tahun berjaya ditangkap dalam Perodua Alza,

“Siasatan awal mendapati kedua-dua warga tempatan adalah suami isteri yang mana lelaki tersebut bertindak sebagai ‘transporter’ dan wanita bertindak sebagai pembantunya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26(a) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1 )(c) Akta Imigresen.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis baagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan PATI kepada pihak berkuasa. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply