Home Pertahanan dan Keselamatan PGA patahkan aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi di Kulai

PGA patahkan aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi di Kulai

by Air Times News Network

KULAI, 6 April – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi di sebuah premis beralamat No 11. Jalan Perak, Taman Wawasan, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Suprintendan Dimin Awang berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 2 petang itu telah berjaya menahan seramai 3 warga tempatan dan 2 warga asing berumur 34 hingga 42 tahun.

“Hasil serbuan yang dilakukan berjaya merampas 2 buah lori jenis Hicom dan Isuzu; 5 tong minyak kosong 1,000 liter; 1 tong besi yang telah diubahsuai 4,000 liter berisi anggaran 1,000 liter,

“5 unit pam minyak diesel beserta hos; 3 tong minyak 1,000 liter berisi anggaran lebih kurang 1,000 liter setiap tong; 1 buah tangki besi 20,000 liter berisi lebih kurang 16,000 liter minyak dan 1 buah tangki besi 20,000 liter berisi lebih kurang 20,000 liter minyak,” katanya dalam kenyataan, Isnin lalu.

Dimin berkata, anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM300,300 dan tangkapan serta rampasan diserahkan kepada KPDNHEP Johor untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya lagi, tangkapan serta rampasan yang dibuat telah berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak bersubsidi disekitar daerah Johor Bahru. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply