Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan bunuh, jual organ penyu di Semporna

Polis Marin gagalkan cubaan bunuh, jual organ penyu di Semporna

by Air Times News Network

SEMPORNA, 30 Mac – Pasukan Polis Marin Malaysia (PPM) berjaya mengagalkan cubaan membunuh dan menjual organ penyu di Kampung Bangau-bangau awal pagi semalam.

Pegawai Memerintah PPM Semporna, Deputi Suprintenden Polis Mohamad Ismail berkata, pasukannya telah membuat serbuan keatas sebuah perahu dan menahan seorang lelaki dewasa berumur 31 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat organ penyu yang telah dipotong dipercayai untuk pasaran gelap,

“Organ penyu tersebut merupakan salah satu makanan eksotik,” katanya.

Tambahnya lagi, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM11,565,00. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna bagi siasatan lanjut,”ujarnya.

Mohamad menambah, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply