KUALA TERENGGANU, 29 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu melupuskan 330,000 batang rokok seludup di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu, semalam.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, rokok tersebut dirampas pada Ogos tahun lepas dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM219 ribu.
“Pelupusan dilakukan kerana barang ini tidak bercukai dan tiada pemilik. Proses pelupusan dilakukan dengan menggunakan mesin pengisar,
“Sisa pelupusan akan dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Belara, Kuala Nerus,” katanya. – airtimes.my